Download
Borang Permohonan Rakan Akademik Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
Perjanjian Tutor
Perkhidmatan Rakan Mentee
Borang Tuntutan Buddy Mentor
Borang Penilaian
Pusat Sejahtera
Pengenalan Pusat Sejahtera
Kaunseling adalah proses menolong bagi memperolehi pengertian diri yang lebih mendalam dan kemahiran dalam membuat keputusan serta menyelesaikan masalah agar individu dapat mengembangkan potensi diri dan menjadi lebih bahagia dan efektif dalam masyarakat. Ia berlandaskan prinsip bahawa tiap-tiap manusia adalah berharga dan untuk menghormati hak individu untuk memilih dan menentukan matlamat hidup bagi diri sendiri. Ia berteraskan prinsip-prinsip psikologi manusia. Kauseling adalah sulit dan persendirian yang dijalankan dalam suasana yang selesa, selamat, berterus terang dan bersefahaman.
Fungsi-Fungsi Bahagian
- Memberi khidmatan sesi kaunseling secara individu dan kelompok serta bimbingan kepada para pelajar mengenai isu peribadi, keluarga, akademik dan kewangan.
- Mengadakan khidmat runding cara bagi program-program yang dianjurkan oleh siswa/siswi.
- Mengendalikan inventori-inventori psikologi & kerjaya.
2. Menganjurkan program-program berkaitan kaunseling, dan bimbingan pelajar.
- Menganjurkan program-program berbentuk pencegahan, perkembangan, permulihan dan krisis serta intervensi dalam meningkatkan akademik, pembangunan diri, sahsiah serta kerjaya pelajar.
Kemudahan dan Perkhidmatan
Bilik Terapi
Bilik ini boleh memuatkan seramai 10 hingga 15 orang peserta bagi mengendalikan sesi kaunseling kelompok ataupun sesi perbincangan bersama kaunselor. Bilik ini juga boleh dijadikan bilik terapi bagi mengurangkan stres pelajar dengan suasana yang sangat terapeutik.
Bahan Bacaan
Unit ini menyediakan bahan-bahan bacaan sampingan bagi menambah pengetahuan dan rujukan untuk menyediakan ceramah dan kertas kerja yang berkaitan.