Selamat Datang ke
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ditubuhkan pada tahun 2002. JHEPA bertanggungjawab menguruskan kebajikan dan pembangunan pelajar bagi mendokong visi, misi, falsafah dan nilai teras Universiti.
Welcome Speech
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Selamat datang ke laman sesawang rasmi Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah. Terima kasih atas kesudian melawat ke laman sesawang kami yang merangkumi pelbagai maklumat berkaitan mahasiswa, alumni dan universiti secara amnya.....
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Selamat datang ke laman sesawang rasmi Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah. Terima kasih atas kesudian melawat ke laman sesawang kami yang merangkumi pelbagai maklumat berkaitan mahasiswa, alumni dan universiti secara amnya.
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pemegang taruh untuk mendapatkan pengalaman kehidupan kampus yang menyeluruh dan terbaik di samping menyalurkan semua maklumat diperlukan secara berpusat dan sistematik melalui penubuhan laman sesawang rasmi ini.
Selaras dengan misi Pelan Strategik UMPSA 2021-2025 dalam membudayakan penggunaan teknologi terkini dan Insiatif Kampus Pintar bagi meningkatkan kebolehcapaian maklumat kepada warga kampus, kesemua laman web rasmi jabatan juga perlulah dilihat relevan dan mesra pengguna.
Searus dengan peredaran zaman, penerapan nilai A.D.A.B. (Attitude (Sikap), Dynamic (Dinamik), Agile (Tangkas), Balance (Seimbang)) dalam Konsep Pembangunan Mahasiswa dilihat nilai yang baik yang perlu diberi keutamaan dalam membentuk nilai peribadi mahasiswa yang telah dipertanggungjawabkan kepada jabatan ini dalam membentuk pembangunan jati diri dan citra peribadi mereka agar menjadi mahasiswa yang berdaya saing, mesra industri dan kalis masa depan biarpun peredaran masa berlaku dengan pantas.
Akhir kata, saya amat menggalakkan seluruh warga UMPSA dan umum untuk mengambil sedikit masa terluang untuk meneroka laman sesawang ini bagi mengenali kami dengan lebih dekat. Semoga bermanfaat untuk semua.
“Kebijaksanaan Memacu Kejayaan”
“Wisdom Drives Excellence”
PROFESOR TS. DR. MOHD RUSLLIM BIN MOHAMEDTimbalan Naib Canselor HEPA
"Kebijaksanaan Memacu Kejayaan”
“Wisdom Drives Excellence”
PROFESOR TS. DR. MOHD RUSLLIM BIN MOHAMEDTimbalan Naib Canselor HEPA

Visi
Misi
Kami komited dalam;
- Membentuk pelajar yang kreatif, kompetitif dan berketerampilan Memupuk akhlak dan sahsiah terpuji
- Menyediakan perkhidmatan dan pengurusan yang efisien dan efektif Mewujudkan persekitaran kondusifdan pengalaman kehidupankampus seiring dengan aspirasiuniversity
- Mewujudkan jaringanperhubungan yang erat serta berterusan di antara alumni UMP dan alma mater mereka
Piagam Pelanggan
Kami beriltizam untuk menyumbang ke arah mewujudkan pengalaman kampus menyeluruh kepada pelajar melalui perkhidmatan yang cekap dan berkualiti selaras dengan visi dan misi universiti.
Kami komited dan akan menumpukan seluruh usaha kami bagi:
1. Menyediakan perkhidmatan yang mesra dan responsif
2. Menggalakkan penglibatan pelajar dalam program-program pembangunan sahsiah dan kepimpinan
3. Menjalin dan mengukuhkan hubungan dua hala antara universiti dan alumni
4. Mewujudkan persekitaran kediaman pelajar yang sejahtera
5. Menguruskan keperluan kebajikan pelajar secara profesional
6. Menyediakan peluang dan ruang peningkatan bakat kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti kebudayaan secara aktif
Carta Organisasi












Get In Touch
ADDRESS
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob ,
26300 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
KAMPUS PEKAN
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah,
26600 Pekan,
Pahang Darul Makmur.
PHONE
General Line
Tel: 09 431 6999
Kampus Gambang Kampus Pekan
Tel: 09 431 5054 Tel: 09 431 5027