Download

Borang Permohonan Rakan Akademik Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Perjanjian Tutor

Perkhidmatan Rakan Mentee

Borang Tuntutan Buddy Mentor

Borang Penilaian

Pusat Sejahtera

Pengenalan Pusat Sejahtera

Kaunseling adalah proses menolong bagi memperolehi pengertian diri yang lebih mendalam dan kemahiran dalam membuat keputusan serta menyelesaikan masalah agar individu dapat mengembangkan potensi diri dan menjadi lebih bahagia dan efektif dalam masyarakat. Ia berlandaskan prinsip bahawa tiap-tiap manusia adalah berharga dan untuk menghormati hak individu untuk memilih dan menentukan matlamat hidup bagi diri sendiri. Ia berteraskan prinsip-prinsip psikologi manusia. Kauseling adalah sulit dan persendirian yang dijalankan dalam suasana yang selesa, selamat, berterus terang dan bersefahaman.

Fungsi-Fungsi Bahagian

1. Menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan kepada pelajar.
  • Memberi khidmatan sesi kaunseling secara individu dan kelompok serta bimbingan kepada para pelajar mengenai isu peribadi, keluarga, akademik dan kewangan.
  • Mengadakan khidmat runding cara bagi program-program yang dianjurkan oleh siswa/siswi.
  • Mengendalikan inventori-inventori psikologi & kerjaya.

2.  Menganjurkan program-program berkaitan kaunseling, dan bimbingan pelajar.

  • Menganjurkan program-program berbentuk pencegahan, perkembangan, permulihan dan krisis serta intervensi dalam meningkatkan akademik, pembangunan diri, sahsiah serta kerjaya pelajar.
Image

Kemudahan dan Perkhidmatan

Image

Bilik Terapi

Bilik ini boleh memuatkan seramai 10 hingga 15 orang peserta bagi mengendalikan sesi kaunseling kelompok ataupun sesi perbincangan bersama kaunselor. Bilik ini juga boleh dijadikan bilik terapi bagi mengurangkan stres pelajar dengan suasana yang sangat terapeutik.

Image

Bahan Bacaan

Unit ini menyediakan bahan-bahan bacaan sampingan bagi menambah pengetahuan dan rujukan untuk menyediakan ceramah dan kertas kerja yang berkaitan.

Image

Inventori-Inventori Psikologi

Terdapat pelbagai inventori psikologi seperti Ujian Inventori Personaliti Sidek, Ujian Personaliti Kiersey, Inventori Gaya Bercinta, Inventori Personaliti Warna dan sebagainya.
Image

Papan Kenyataan

Maklumat-maklumat mengenai bimbingan motivasi disediakan di ruangan ini agar informasi yang berguna dapat dikongsi bersama.