BANTUAN SUKARELAWAN SKUAD KILAU UMPSA KEPADA MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS PUTRA HEIGHT

BANTUAN SUKARELAWAN SKUAD KILAU UMPSA KEPADA MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS PUTRA HEIGHT

4 April 2025 | PPS, Masjid Putra Heights
 
Skuad Sukarelawan UMPSA dengan kerjasama Sekretariat Majlis Sukarelawan Universiti Awam Malaysia (MASKUM) telah memberikan khidmat masyarakat dengan turun ke Masjid Putra Heights yang berfungsi sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi mangsa insiden kebakaran akibat kebocoran gas di Putra Heights. Skuad ini membantu dalam urusan menyampaikan bantuan barangan keperluan asas kepada keluarga terjejas, petugas PPS, serta sukarelawan lain yang berada di lokasi.
 
 
Kunjungan ke PPS turut disertai oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir , Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr. Azlinda Azman, serta Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof Ts Dr. Mohd Rusllim Mohamed.
Kredit Foto: UMPSA Malaysia
 

Print   Email