AEF2025: Membentuk Masa Depan Iklim ASEAN
Hits: 45
20 Februari 2025
Hari ini, peserta ASEAN Student Mobility Programme in Conjunction with ASEAN Universities Exhibition and Forum 2025 (AEF2025) memulakan perjalanan intelektual mereka dengan sesi penuh inspirasi mengenai ASEAN Climate Action: Pathways to Sustainability.
Sesi dimulakan dengan Keynote Speech yang mengupas kepentingan tindakan iklim di ASEAN serta kaitannya dengan SDG 13 (Climate Action). Peserta diberi pendedahan tentang peranan mereka dalam membentuk masa depan yang lebih lestari bagi rantau ini.

Seterusnya, peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk memulakan cabaran Climate Action Proposal, di mana mereka perlu membangunkan penyelesaian mampan bagi ASEAN. Dengan bimbingan mentor, mereka mula brainstorming, mengenal pasti isu utama, dan merangka pelan tindakan yang berstruktur.
Pada sesi petang, peserta meneruskan usaha mereka dengan memperkemaskan idea, menyediakan bahan visual, serta merancang pembentangan. Sesi kemuncak hari ini adalah Group Presentation & Feedback Session. Setiap kumpulan membentangkan idea awal mereka dan menerima maklum balas daripada mentor serta fasilitator.

Semoga sesi ini menjadi langkah pertama dalam usaha membentuk ASEAN yang lebih mampan!
“Wisdom Drives Excellence”
Latest News
03 March 2025
Most View Articles
- MHeLFAGV Ciptaan Penyelidik UMPSA Bantu Angkat Bebanan lebih 50 kg
- UMP the first public university in the country to use Blockchain Technology for cert validation for its 2,773 graduates
- UMP proudly produces 2,773 graduates in its 13th Convocation
- UMP researchers invented stingless bee honey suction pump for more quality produce