PROGRAM MEMASAK DAN EDARAN BUBUR LAMBUK DAN GULAI KAWAH UMPSA @ MASJID NEGERI

PROGRAM MEMASAK DAN EDARAN BUBUR LAMBUK DAN GULAI KAWAH UMPSA @ MASJID NEGERI

12 Mac 2025 | Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan
 
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) bersama UMPSA Advanced Education, Maxis Berhad, dan Masjid Sultan Ahmad 1, telah menganjurkan program gotong-royong memasak dan mengagihkan bubur lambuk dan Gulai Kawah percuma. Aktiviti ini telah melibatkan lebih 100 peserta terdiri daripada mahasiswa dan warga kerja UMPSA dan bertujuan mengeratkan hubungan warga kampus serta masyarakat setempat.
 
 
Turut hadir adalah Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Prof Ts Dr Mohd Rusllim Mohamed, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa, Prof Dato Ir Ts Dr Ahmad Ziad Sulaiman serta pimpinan universiti yang lain.
 
"Wisdom Drives Excellence"