DUTA KAMPUS MYNEXT TALENTCORP UMPSA

DUTA KAMPUS MYNEXT TALENTCORP UMPSA

Prof. Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed, Timbalan Naib Canaselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) serta seluruh warga UMPSA mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat Saudari Nurul Syahiera Abd Latip atas pelantikan sebagai Duta Kampus MyNext daripada TalentCorp.
 
Semoga dengan pelantikan ini, Saudari Nurul Syahiera dapat terus menyumbang kepada kecemerlangan universiti dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan mahasiswa untuk terus berusaha mencapai kejayaan. Pihak universiti juga berharap agar pelantikan ini membawa manfaat yang besar dalam meningkatkan kerjasama dan hubungan baik antara UMPSA dan TalentCorp, serta memperkasa potensi para pelajar dalam bidang kerjaya dan pembangunan diri.
 
"Wisdom Drives Excellence"

Cetak   Emel