SEKITAR PELANCARAN INISIATIF PERKHIDMATAN PELAJAR OLEH NAIB CANSELOR UMPSA

SEKITAR PELANCARAN INISIATIF PERKHIDMATAN PELAJAR OLEH NAIB CANSELOR UMPSA

SEKITAR PELANCARAN INISIATIF PERKHIDMATAN PELAJAR OLEH NAIB CANSELOR UMPSA

Hari ini, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Dr. Yatimah Alias, telah melancarkan Inisiatif Perkhidmatan Pelajar oleh Pusat Perkhidmatan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA). Semasa lawatan rasmi ke Residen Pelajar 1 dan 3 di Kampus Gambang, Profesor Dr. Yatimah merasmikan beberapa kemudahan baru termasuk Dobi Berpusat, Gimnasium Siswi, UMPSA Express Meal, dan Dapur Siswa. Selain itu, beliau turut melawat Pusat Parcel Pelajar, Bilik Penginapan Residen Pelajar, Student Lounge, Kafeteria Premium, serta meninjau pelaksanaan inisiatif Menu Siswa Rahmah.
 
 
Profesor Dr. Yatimah menyatakan bahawa inisiatif ini sangat bermanfaat bagi pelajar dan menunjukkan komitmen UMPSA untuk menyediakan kemudahan terbaik bagi para pelajar.
Turut hadir dalam acara ini adalah beberapa pegawai tinggi universiti, termasuk Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ts. Dr. Aida Mustapha; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dato’ Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman; serta para Pengurusan Tertinggi Universiti.
 
 
Juru Foto: Khairul Imran Ruslan
 
"Wisdom Drives Excellence"
 

 


Cetak   Emel