MISI KE-2 SKUAD IHSAN MADANI KPT-UMPSA DI TUMPAT, KELANTAN
Jumlah paparan: 35
19 Disember 2024 – Skuad Ihsan Madani KPT-UMPSA meneruskan Misi Ke-2 membantu mangsa banjir di Tumpat, Kelantan. Misi ini melibatkan dua pasukan utama iaitu pasukan teknikal yang terdiri daripada 12 orang kakitangan UMPH/JPPH dan pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik serta pasukan Sukarelawan Pelajar seramai 24 orang. Kedua-dua pasukan ini bersedia untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada komuniti setempat yang terjejas oleh bencana banjir.
Penugasan utama pasukan sukarelawan UMPSA merangkumi servis penghawa dingin dan pendawaian elektrik di beberapa lokasi, termasuk Surau Taman Seri Bayu, Sekolah Bendang Payong, Sekolah Teluk Jering, SABK Nurul Huda, dan Pejabat Penghulu. Selain itu, kerja-kerja pembersihan juga akan dijalankan di Taman Seri Bayu, yang melibatkan pembersihan surau, rumah mangsa banjir, pengasingan pakaian terpakai, dan pengagihan sumbangan barangan makanan.
Misi ini merupakan usaha gigih Skuad Ihsan Madani KPT-UMPSA untuk memberikan bantuan dan sokongan yang diperlukan oleh komuniti yang terjejas. Dengan kerjasama dan komitmen tinggi daripada semua yang terlibat, diharapkan usaha ini akan membawa manfaat besar kepada penduduk Tumpat, Kelantan, dan memperkukuhkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan warga universiti.
“Wisdom Drives Excellence”
Latest News
06 Januari 2025
Popular
- MHeLFAGV Ciptaan Penyelidik UMPSA Bantu Angkat Bebanan lebih 50 kg
- UMP the first public university in the country to use Blockchain Technology for cert validation for its 2,773 graduates
- UMP proudly produces 2,773 graduates in its 13th Convocation
- UMP researchers invented stingless bee honey suction pump for more quality produce