NURHAIQAL FAQRUR ISLAM NORASHID MENERIMA ANUGERAH MERCU SANJUNG UMPSA

NURHAIQAL FAQRUR ISLAM NORASHID MENERIMA ANUGERAH MERCU SANJUNG UMPSA

MALAM ANUGERAH MERCU SANJUNG 2024

16 April 2025 | Kompleks Sukan UMPSA Kampus Gambang

Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UMPSA telah menganjurkan Majlis Malam Anugerah Mercu Sanjung (MARS) 2024, sebuah platform penuh penghormatan bagi meraikan 28 penerima anugerah atas pencapaian cemerlang dalam bidang kepimpinan, inovasi, sukan, keusahawanan, kesukarelawanan dan banyak lagi.
 
Majlis ini turut dihadiri oleh Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti; Prof. Dr. Yatimah Alias, Naib Canselor UMPSA; Prof Ts Dr Mohd Rusllim Mohamed, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni; serta barisan pengurusan universiti yang lain.
 
 
Penganugerahan tahun ini lebih bermakna dengan pengiktirafan Ikon Alumni UMPSA, sebagai penghormatan kepada alumni yang telah menyumbang secara signifikan kepada pembangunan universiti dan ekosistem akademik. Kejayaan mereka bukan sahaja menjadi inspirasi kepada pelajar UMPSA, tetapi juga bukti kejayaan universiti dalam melahirkan graduan berkualiti dan berdaya saing.
 
Sebagai tambahan, majlis ini turut memberikan penghargaan khas kepada rakan kolaborasi strategik industri dan fakulti, yang memainkan peranan penting dalam menyokong kebolehpasaran graduan. Kerjasama erat antara UMPSA dan rakan industri telah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada graduan, sekaligus memperkasakan mereka untuk menghadapi cabaran dunia profesional.
 
 
Pada malam penuh gemilang ini, Nurhaiqal Faqrur Islam Norashid menerima Anugerah Mercu Sanjung UMPSA kategori individu, manakala Kelab Rekreasi T-REX meraih kategori berpasukan. Masing-masing membawa pulang piala pusingan, trofi, sijil dan wang tunai RM1,000.00, sebagai penghormatan atas usaha mereka dalam membentuk budaya kecemerlangan di UMPSA.
 
Majlis ini yang disertai lebih 1,600 pelajar turut dimeriahkan dengan persembahan eksklusif daripada Pusat Kebudayaan UMPSA, mencerminkan komitmen universiti dalam mengangkat seni dan warisan sebagai sebahagian daripada identiti akademik dan sahsiah pelajar.
 
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Malam Anugerah Mercu Sanjung 2024. Semoga penghargaan ini terus menjadi pembakar semangat kepada mahasiswa UMPSA untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan!
 

Print   Email