KONTINJEN JHEPA DI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1447H / 2025 PERINGKAT UMPSA

KONTINJEN JHEPA DI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1447H / 2025 PERINGKAT UMPSA

9 September 2025 | UMPSA Pekan
Sekitar Sambutan Maulidur Rasul 1447H peringkat Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah berlangsung meriah dengan tema “Membangun Ummah Madani”. Kontinjen Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) turut serta bersama kontinjen jabatan lain dalam acara perarakan dan ceramah anjuran Pusat Islam & Pembangunan Insan, sebagai manifestasi semangat kebersamaan dan kecintaan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.
 
     
 
 
Antara pengisian utama sambutan ini ialah ceramah khas yang disampaikan oleh Ustaz Harryanto Rizal Rokman, yang menekankan kepentingan meneladani akhlak Rasulullah SAW sebagai asas membina masyarakat sejahtera.
 
 
Sambutan ini menjadi peringatan tentang kepentingan meneladani akhlak Rasulullah SAW, memperkukuh ukhuwah serta menghayati nilai kasih sayang yang menjadi asas dalam membangun sebuah masyarakat Malaysia Madani yang sejahtera dan harmoni.